Tuesday, September 28, 2010

LeSSoN PrAcTiCe ( ToRqUe WrEnCh )

Hari ini sepatutnya aku kena buat Lesson Practice amali berkenaan tentang Torque Wrench.Tetapi puan x datang pulak.dengar kata MC..
Tp xpe la.boleh aku practice kat umah.so xde la gagap time nak present nanti..
Kepada bakal-bakal student aku,kalau nk tau apa yang aku nk ajar nanti,boleh la Download link ini..

So selamat membaca dan selamat berpuasa!! =)

TIPS-TIPS MENJAGA KENDERAAN

Ini ada satu cerita aku nak kongsi dengan hangpa suma. Bukan dongeng bukan fantasi tetapi fakta yang kadang-kadang berlaku atas batang hidung sendiri dan kawan-kawan.
Sebut pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal servisnya, normal la tu.
So, kat sini aku nak share beberapa tips supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis. Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau alat-alat ganti.
Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis. kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan sebagainya.
Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan dimasa hadapan.
Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.
Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk membersih keadaan atas enjin selepas servis.
Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siap untuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta tersebut.
Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa, tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis la…
Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.
Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.
Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya kita boleh membawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nombor siri yang perlu kita ingat

PEMERIKSAAN KENDERAAN

Pemeriksaan awal kenderaan sangat penting sebelum kita memandu kenderaan..
Terutama bagi perjalanan jarak jauh seperti pulang ke kampung halaman dan sebagainya..
Jadi saya ingin menunjukkan bahagian-bahagian penting yang perlu diperiksa..


1 ) PERIKSA BATERI
- bateri merupakan antara bahagian yang penting untuk kenderaan.
- Gambarajah 1 menunjukkan komponen yang perlu diperiksa pada bateri :




gambarajah 1 : komponen pada bateri



2) PERIKSA KUALITI DAN KUANTITI MINYAK ENJIN

- ini adalah penting kerana minyak enjin merupakan perkara yang penting bagi sistem pelinciran enijn.
-jika tidak dijaga, enjin boleh menjadi jamn dan komponen dalaman enjin akan cepat haus.
-pemeriksaan dilakukan dengan melihat kepada engine oil dipstick
-Periksa samada minyak enjin cukup atau pun tidak(rujuk gambarajah 2a) dan pastikan minyak enjin masih lagi boleh digunakan. (rujuk gambarajah 2b)

gambarajah 2a : periksa level minyak enjin

gambarajah 2b : pemeriksaan kualiti minyak enjin



3) PEMERIKSAAN TAYAR
- Tayar perlulah diperiksa dari segi :-
> kehausan tayar
* kehausan tayar diperiksa secara visual.
*pastikan bunga tayar masih lagi baik dan tukar tayar anda jika berlaku kehausan yang teruk.
> tekanan angin tayar
* angin tayar perlulah diisi dengan tepat dan betul iaitu :-
# tayar hadapan : 32 psi
# tayar belakang : 30 psi
* tayar simpanan juga perlu diperiksa kerana jika berlakunya kepancitan tayar semasa perjalanan, tayar simpanan boleh diguna pakai
> Tayar perlu dititik beratkan kerana risiko kemalangan amat tinggi jika terdapat masalah pada tayar kenderaan.

Friday, September 3, 2010

Lesson Practice- Power Window

Apa yang dimaksudkan dengan power window?

Pada asalnya cermin tingkap kenderaan digerakkan turun dan naik secara manual. Satu pemegang digunakan untuk memusingkan ’lifting mechanism’ supaya cermin boleh turun dan naik.
 Manakala sistem power window menggunakan motor elektrik yang cuma dikawal oleh satu suis untuk menggerakkan cermin tingkap turun dan naik.




Untuk pemahaman yang lebih lanjut,sila muat turun nota yang disediakan.









Berikut adalah video berkenaan dengan power window.

Lesson Practice- GASKET

Apa yang dimaksudkan dengan gasket?
Secara ringkasnya,gasket digunakan untuk menahan cecair dan gas daripada celah-celah bahagian logam enjin.Sebagai contoh cylinder head. Permukaannya kasar dan ini akan menyebabkan minyak atau cecair boleh keluar melalui ruang-ruang kecil yang ada.
Berikut adalah gambar-gambar gasket yang di gunakan.


                                                                           Rajah 1




                                  
                                                                              Rajah 2




                                                                              Rajah 3




-Untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang gasket,anda boleh DOWNLOAD nota yang disediakan.